Bila diri diuji, kita sering tanya, apa punca masalah ini?
Adakah kerana orang lain? Adakah kerana diri sendiri?
Kita sering menyalahkan takdir.
Kita lupa, kita Selalu lupa...yang kita tidak pernah adil pada Sang Pencipta.
Kita sering alpa, dengan akhirat yang abadi, dan junjung setiap sudut duniawi.
Kita lupa, Dia tidak pernah lupakan kita. Dia sentiasa ada untuk kita.
Dia sentiasa ada untuk mendengar rintihan kita.
Aku rasa semacam tertusuk dada.
Bila kejujuran di hiris dengan pedang yang beracun..
Aku keliru. Akhir-akhir ini Sering membisu.
Tidak ada apa yang aku harus ungkapkan.
Tidak ada apa yang aku harus perdengarkan.
Airmata deras membasahi pipi setiap waktu bila mengingatkan....
Penjelasan? Mungkin penjelasan. Penjelasan yang JUJUR.
Tanpa sebarang maksud yang tersirat.
Tanpa sebarang muslihat dan tipu daya yang bakal kaburi mata hati
Hati tawar. Hilang nikmat manisnya.
Tapi aku redha. Aku maklum, perancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan.
Aku mohon hikmahNya ya Rabbi.
Andai aku silap langkah, tunjukkan aku ke jalan yang benar yang diredhaiMu
*ladyE*




