Hadis riwayat
Rasulullah saw. bersabda: "Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani mahupun seorang Majusi."
.::i'm loving my life::.
Posted by ladyesabelle at 08:36 0 comments
khayal
Posted by ladyesabelle at 02:54 0 comments
7 RULES OF AP 1. Never admit you are wrong. Try to find your way out of all situations. Remember you are always correct. 2. Never Help anyone who don’t bother to help themselves or people who are simply too stupid to realise how deep inside a shithole they are. Let them sink and rot. So long as their hands are not around your ankle. If their hand is around your ankle, chop their hands off you before sending them down with a kick. 3. Never give in to anyone’s rules and regulations if it cause you troubles. Remember if people need your help. They should follow your terms and not the other way round. If a person who seek your help too many time, he/she is probably a leech and should be avoided. Never ever bother about anyone who couldn’t care about you. Never ever give in and ask he/she ‘why are you doing this to me? ’ 4. Never listen to what anyone say about you. Be your own judge. You are the only person who knows what is best for yourself. Your fate lies on your own hands. Not any crap fortune telling shit can change your fate if you don’t allow them to. If you are good, you can create your own luck. 5. Always try to be better than anyone else, even if it means the whole human race is going to perish, remember you must survive cause you are better than the rest. The method use is not important. The result is most important. Cheat your way through if you have to. Cheating is only wrong if you are caught. 6. First impression of everyone starts at 100 points. For every bad action noted, minus points accordingly to your own preference. If it hits 0 point, don’t bother about that person anymore. Just pretend he never even exist before. You can judge a person using rules 2 and 3 . 7. It is always better to make a first strike. Make sure that first strike is a fatal strike. Do not look back over the past and regret. What is more important is ahead of you. adapted from Nirman.. .::ladyE::.
Posted by ladyesabelle at 02:02 0 comments
Posted by ladyesabelle at 02:00 0 comments
aku mohon
Posted by ladyesabelle at 02:42 0 comments
Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..
been there done that.mudah-mudahan setiap urusan kita dipermudahkan ameen.
to a good friend of mine...i still misses her..until today.i still misses him..until today..to get a grip after whatever happens....it's not as easy as it may look. it took me almost 2 years to get a grip after my mum passed away. and adeq?until today...how i just wish i'm chatting with him and share things rather than wasting my time on this pathetic blog of mine.
i really miss him as much as i miss mummy tooo. if only...if only....
if only adeq is here..he must've been sleeping till 11PM as usual :)
if only mum is here..she must've been accompanying dad doing his dialysis 4 morning session.making hot tea n biscuits for dad's breakfast..reading the paper...talking n chatting like any love birds will do every morning..or..maybe planning what to cook for today's dinner.
i miss talking to them :(
this is a video of my mummy talking to nyai.......adeq was demonstrating my dad on how to record videos using his handphone...hearing his voice and only his voice..really makes me miss him badly...seeing my mum as healthy as she was n chatty with nyai...i miss hugging u Mak :'(
Posted by ladyesabelle at 05:04 0 comments

Dalam pandangan hidup Islam, wanita dikhususkan kedudukan yang mulia. Kedudukan yang mulia ini menjadi lebih bermakna apabila mereka menjadi seorang ibu. Mulianya taraf seorang ibu dalam pandangan hidup Islam tidak boleh dipertikaikan lagi. Di dalam al-Quran mahupun hadis Nabi, terdapat banyak tuntutan dan nasihat supaya memuliakan ibu. Namun, ibu yang bagaimanakah boleh dianggap sebagai mulia? Adakah setiap wanita yang bergelar ibu, adalah ‘ibu' yang dimaksudkan? Atau, pada ketika manakah, si ibu itu benar-benar bergelar seorang ‘ibu'? Bagi menjawab persoalan di atas, boleh kita katakan bahawa saat awal seorang wanita bergelar ibu adalah ketika beliau melahirkan anaknya. Namun, adakah dengan hanya melahirkan si anak, seorang wanita telah benar-benar layak bergelar ibu? Jawapan kepada persoalan ini mudah. Pastinya, ramai yang akan menjawab bahawa alam keibuan itu tidak akan lengkap dengan hanya melahirkan si anak ke dunia tetapi yang lebih penting adalah untuk memberikan anak jaminan kasih-sayang dan keselamatan, sentuhan, perhatian, jagaan serta pendidikan. Oleh itu, apabila semua tuntutan ini lengkap maka wanita itu sah bergelar seorang ibu. Dengan jawapan yang diberi itu, maka lihat pula keadaan dunia kini. Anak-anak kita kini dijaga oleh ibunya atau lebih banyak dijaga oleh pembantu atau penjaga? Masa seorang ibu lebih banyak di rumahkah atau di luar rumah, bekerja serta berpersatuan? Pendidikan anak-anak dipikul oleh gurukah atau ibu mereka atau ibu kini hanya sekadar bertanya sama ada anak sudah selesai kerja sekolahnya? Persoalan-persoalan yang dipaparkan di atas sebenarnya membawa kepada satu persoalan yang penting iaitu sama ada para ibu pernah terfikir bahawa adakah diri mereka sudah menjadi ibu yang sebenarnya terhadap anak-anak? Penulis pasti, tidak ramai ibu yang pernah atau benar-benar memikirkan keadaan ini. Kesibukan hidup sehari-harian kadang-kala tidak memungkinkan kita memikirkan perkara ini. Malah dalam banyak keadaan, orang mungkin menganggap perkara ini remeh dan tidak perlu difikirkan. Namun, dalam dunia serba maju dan sibuk kini, penulis tetap yakin bahawa kadang-kala kita perlu menanyakan soalan tersebut. Ini adalah satu bentuk muhasabah diri. Dengan kata lain, para ibu menilai diri mereka sendiri demi untuk mengubah sesuatu yang telah silap dan merancang sesuatu yang lebih baik. Misalnya, jika memikirkan diri terlalu sibuk dan tiada masa untuk keluarga, maka berubahlah. Rancangkan sesuatu kegiatan yang boleh diamalkan bersama keluarga. Lanjutan dari ini tetapkan azam untuk memberi lebih perhatian kepada keluarga. Sebenarnya, tidaklah salah untuk seorang ibu menjadi sibuk. Mereka boleh sahaja sibuk dalam urusan rumahtangga mahupun pekerjaan. Namun, apa yang menimbulkan kesedihan ialah apabila kesibukan si ibu adalah satu kesibukan yang dicipta semata-mata. Misalnya, mementingkan pertemuan dalam persatuan dihujung minggu sedangkan masa itu sepatutnya diperuntukan untuk anak-anak. Atau, berjam-jam di pusat rawatan kecantikan sedangkan anak-anak dibiar berlari-lari dan menjerit-jerit dikejar pembantu rumah. Penulis yakin, setiap wanita yang bergelar ibu mempunyai cara yang tersendiri untuk membawa watak mereka itu. Ada yang lebih selesa menguruskan rumahtangga sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang luar. Namun, ramai juga ibu yang memerlukan bantuan dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Kedua-dua keadaan ini tidak ada salahnya. Apa yang salah adalah apabila kita menganggap kita terlalu memberikan tumpuan kepada perkara lain sehingga keluarga terabai. Sebenarnya, seringkali orang berkata betapa penting keluarga dalam hidup mereka tetapi dalam keadaan sebenarnya, apa pula amalan kita untuk membuktikan perkara tersebut. Misalnya, bagi seorang ibu, anak sangat penting. Malah jika ditanya maka ramai yang akan berkata bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kesejahteraan anak. Namun dalam keadaan sebenar, selalunya berbeza. Jika dipanggil untuk menghadiri pertemuan guru dan ibu bapa, berapa ramaikah ibu bapa yang turut serta? Jika anak-anak menunjukkan hasil lukisan mereka di sekolah, berapa ramaikah ibu bapa yang benar-benar memerhatikan lukisan yang ditunjukkan itu? Seringkali kita terjerat di dalam perangkap kesibukan dalam hidup. Bila ditanya, ramai yang akan berkata bahawa terlalu sibuk dengan kerja atau kegiatan yang lain hingga tidak dapat membawa anak bercuti atau menghadiri kegiatan anak di sekolah. Begitu mudah kita meletakkan kesalahan kepada kesibukan hidup. Ini mengingatkan penulis nasihat keluarga bahawa manusialah yang harus mengurus masa dan bukan sebaliknya. Dengan penerangan-penerangan di atas maka jelas terbukti bahawa melahirkan anak bukan satu syarat utama untuk bergelar ibu. Ada banyak tanggungjawab yang perlu dipikul untuk memastikan wanita layak memegang gelaran tersebut. Namun, jika dilihat dalam dunia kita, ramai pula ‘ibu' yang terlupa akan hakikat ini. Maka apa yang dipaparkan di dalam makalah ini adalah usaha untuk saling mengingatkan akan hakikat tanggungjawab seorang ibu. Hakikatnya, tanggungjawab utama wanita adalah kepada keluarganya. Apa-apa yang diamalkan dalam hidup, misalnya bekerja, seharusnya dikaitkan dengan keluarganya. Malah kejayaannya di dunia dan di akhirat juga akan diukur dari sudut ini dan bukannya semata-mata kejayaan sebagai pekerja terbaik atau ahli persatuan paling setia. Apa yang pasti, setiap keistimewaan datang dengan tanggungjawab yang besar. Oleh itu, keistimewaan yang diberikan kepada wanita untuk menjadi seorang ibu juga datang dengan tanggungjawab tertentu. Sebagai perbandingan, lihat sahaja di sekeliling kita. Seorang ketua pengarah, mendapat kedudukan jawatan yang tinggi tetapi mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memimpin orang bawahannya. Samalah halnya dengan wanita. Keistimewaan yang dianugerahkan kepada mereka bukan sekadar mengiktiraf kedudukan mulia mereka tetapi lebih penting lagi keistimewaan itu datang dengan tugas yang besar, iaitu mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna dan dapat berkhidmat dengan cemerlang dalam masyarakat. Akhir sekali, ingin penulis memaparkan satu kisah berkisar tentang Sayyidati Fatimah, anakanda Rasulullah SAW. Suatu hari Saiyyidati Fatimah berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk meminta seorang pelayan dari hasil tawanan perang. Hasratnya, agar pelayan itu dapat membantunya dalam urusan rumahtangga. Namun Rasulullah SAW menolak permintaan tersebut. Rasulullah kemudian mengajar Saiyyidati Fatimah beberapa potong doa dan menyuruhnya supaya meminta tolong kepada Allah SWT untuk mengurus rumahtangga, mendidik anak serta melayani suami. Dalam pada itu, Rasulullah memberi nasihat kepada Saiyyidati Fatimah "Hai Fatimah, sabarlah. Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah yang memberi manfaat kepada keluarganya". Oleh itu, sedarlah para ibu bahawa ukuran kejayaan seorang ibu bukan semata-mata kejayaan dalam kerjaya, pendidikan atau kedudukan dalam masyarakat tetapi yang lebih penting adalah kejayaan para ibu dalam membina keluarga bahagia. Ditulis oleh: Azrina Binti Sobian Dipetik dari laman :http://www.ikim.gov.my
Posted by ladyesabelle at 08:35 0 comments